SUSTAINABLE TOURISM

Bayangkan pengalamanan pelancongan yang direka khas untuk..

Improve livelihoods

Membina hubungan transformatif antara manusia dan planet

Menggalakkan penjagaan warisan tempatan, budaya dan alam semula jadi.

PENDEKATAN KAMI TERHADAP PELANCONGAN

Prinsip- prinsip yang kami kembangkan merujuk kepada penyelidikan berasaskan sains, amalan terbaik serantau dan global, serta inisiatif dari bawah ke atas di seluruh landskap Malaysia.

Kami percaya dalam pendekatan bersifat inklusif bagi menyokong pengendali pelancongan, sektor dan komuniti pelancongan yang lebih luas untuk meneruskan perjalanan mereka yang unik ke arah aktiviti pelancongan yang lebih mampan dan bertanggungjawab.

TIGA KOMITMEN

Tiga komitmen berikut membantu memandu pemikiran kami dan menyokong pengendali pelancongan untuk menyesuaikan aktiviti mereka dalam konteks tempatan yang unik:

1. Improve livelihoods / Meningkatkan taraf hidup

Kita lebih berdaya apabila kita memelihara sumber-sumber merentasi komuniti pelancongan

For operators…

❖ PENGURUSAN SUMBER YANG BERDASARKAN KOMUNITI
Orang tempatan, orang asli dan/atau pribumi memainkan peranan utama dalam proses membuat keputusan berkaitan pelancongan. Ini memastikan bahawa pelancongan memenuhi keperluan tempatan, hasrat, dan nilai budaya yang memupuk rasa tanggungjawab dan pemerkasaan.

❖ TEROKA MODEL PERNIAGAAN BERKONGSI KEUNTUNGAN YANG ADIL DAN BERETIKA
Pelancongan direka untuk memastikan kesejahteraan jangka panjang komuniti dengan pendekatan yang beretika terhadap pertumbuhan dan perkongsian keuntungan.

❖ MELABUR SECARA TEMPATAN, BIJAK, DAN BERETIKA
Menyokong ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan, kerjasama, dan rangkaian pengurusan sumber, pembangunan kemahiran, mendapatkan barangan dan perkhidmatan daripada penjual tempatan

For travelers…  

❖ TINDAKAN PELANCONGAN YANG PRIHATIN & BERTANGGUNGJAWAB
Mempertimbangkan tentang pengalaman pelancongan yang membawa erti dan bermakna seperti memanfaatkan kawasan untuk keuntungan diri sendiri, berbanding kepada hubungan sebenar dan kesejahteraan bersama antara pelancong dan tuan rumah.

❖ BELI PRODUK TEMPATAN
Beli barangan dan perkhidmatan dari perniagaan tempatan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan keaslian budaya.

❖ PILIH DESTINASI & PENGENDALI BERETIKA
Kaji pendekatan pengendali-pengendali dan pilih tempat-tempat pelancongan yang berusaha ke arah kemampanan.

2. Transform connections between people and planet / Mengubah hubungan antara manusia dan planet

Kita semua terhubung dalam sebuah sistem kehidupan

For operators…

❖ HASILKAN PENGALAMAN YANG BERKESAN DAN TULEN ANTARA ALAM SEMULA JADI DAN MANUSIA

Menggalakkan secara aktif hubungan tulen antara manusia dan bumi melalui pengalaman yang membawa perubahan

❖ MENGURANGKAN KEMUDARATAN TERHADAP EKOSISTEM SEMULA JADI
Tetapkan matlamat dan penanda aras untuk mengurangkan pelepasan karbon dan sisa buangan secara aktif, mengurangkan kerosakan alam sekitar, dan berusaha mencapai ekosistem yang lebih sihat dan seimbang. Melaksanakan amalan mampan seperti pemuliharaan tenaga, pengurangan sisa dan penggunaan semula, serta pengurusan sumber yang bertanggungjawab.

❖ MENYOKONG KEPERLUAN UNTUK KEHIDUPAN YANG MAKMUR
Menilai dan menyesuaikan aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan kepelbagaian biodiversiti dan habitat yang makmur, mempromosikan kewujudan bersama hidupan liar, dan melindungi keseimbangan ekosistem. Membina persekitaran yang menyokong dan meningkatkan kesejahteraan flora dan fauna, disamping melindungi dan menambah baik habitat mereka.

❖ SENTIASA TERBUKA UNTUK PEMBELAJARAN BERTERUSAN
Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan setiap bahagian ekosistem kita mungkin terjejas. Semangat dan keterbukaan untuk terus mencuba perkara-perkara baru dan mengambil risiko, serta tekad untuk belajar dan menambahbaik diri sepanjang perjalanan yang berterusan

For travelers…

❖ BERHUBUNG SEMULA DENGAN ALAM

Hayati kesempatan untuk menyelami alam semula jadi, menghargai keindahannya, dan membangunkan rasa tanggungjawab terhadap pemuliharaannya.

❖ MENIMBANG IDEA DAN PANDANGAN YANG BERUBAH

Menerima perubahan dalam pemikiran dan tingkah laku sebagai pelancong yang memahami bagaimana untuk melancong dengan lebih beretika dan mampan. Mengakui bahawa tindakan kita membawa kesan kepada alam sekitar dan masyarakat, serta mencari kaedah untuk melancong yang lebih bertangunggjawab dan memberi sumbangan secara positif kepada tempat-tempat yang dilawati

❖ MELANCONG SECARA RINGAN

Amalkan amalan mampan seperti pengurangan sisa, penjimatan tenaga, dan menyokong usaha pemuliharaan tempatan untuk membantu melindungi tempat-tempat yang diterokai.

3. Promote care for local, cultural and natural heritage / Menggalakkan penjagaan warisan tempatan, budaya dan semula jadi

Kami adalah pelindung warisan budaya Malaysia untuk generasi akan datang

For operators…

❖ KEKUATAN TERLETAK DALAM KEPELBAGAIAN BUDAYA KITA

Mengiktiraf nilai warisan unik Malaysia termasuk bahasa setempat, dialek, hikayat, kisah, cara hidup, dan mengambil kekuatan dan hikmah daripada warisan Malaysia yang pelbagai.

❖ MENJADI PEMELIHARA ASET MALAYSIA

Ambil pendekatan jangka panjang berkenaan aset budaya dan aset semula jadi di sesuatu kawasan dapat dilindungi dan dihargai. Melaksanakan dasar dan aktiviti yang mengekalkan dan mengurus tapak warisan dalam memastikan kepentingannya disampaikan kepada generasi akan datang melalui penceritaan yang berkesan.

❖ MENDIDIK PARA PELANCONG

Memperkembangkan sumber interpretasi yang direka dengan baik supaya pelancong dapat memahami dengan lebih mendalam tentang nilai warisan. Membangunkan perbincangan yang berhemah dan pertukaran budaya antara pelawat dan tuan rumah.

For travelers…

❖ MELANCONG DENGAN MATLAMAT, MENINGGALKAN KESAN POSITIF

Melancong dengan niat untuk meninggalkan kesan positif sepanjang perjalanan anda. Menimbang aspek alam sekitar, sosial dan budaya dalam perjalanan anda dan tinggalkan warisan positif dengan melibatkan diri dalam amalan bertanggungjawab dan mampan.

❖ BERSIKAP TERBUKA, MEMPAMERKAN KECEKAPAN GLOBAL

Pelajari dan (ber)hubung semula dengan tradisi lama, warisan budaya, dan kisah-kisah Malaysia untuk membangunkan perasaan kemanusiaan bersama. Hayati peluang untuk belajar daripada komuniti tempatan, menghormati dan menikmati tradisi mereka dan menghargai kepelbagaian dan keperincian sejarah budaya mereka

❖ BERSIKAP RENDAH DIRI, HORMAT, DAN MENIMBA ILMU

Bertingkah laku dengan cara yang menunjukkan rasa hormat, prihatin, merendah diri, dan menghargai peluang untuk mengunjungi tempat unik dan berhubung dengan penduduk setempat. Menerima pertukaran budaya, menunjukkan penghargaan terhadap adat istiadat dan warisan, serta meninggalkan kesan positif yang berkekalan di tempat-tempat yang dikunjungi.

1. Improve livelihoods / Meningkatkan taraf hidup

Kita lebih berdaya apabila kita memelihara sumber-sumber merentasi komuniti pelancongan

For operators…

❖ PENGURUSAN SUMBER YANG BERDASARKAN KOMUNITI
Orang tempatan, orang asli dan/atau pribumi memainkan peranan utama dalam proses membuat keputusan berkaitan pelancongan. Ini memastikan bahawa pelancongan memenuhi keperluan tempatan, hasrat, dan nilai budaya yang memupuk rasa tanggungjawab dan pemerkasaan.

❖ TEROKA MODEL PERNIAGAAN BERKONGSI KEUNTUNGAN YANG ADIL DAN BERETIKA
Pelancongan direka untuk memastikan kesejahteraan jangka panjang komuniti dengan pendekatan yang beretika terhadap pertumbuhan dan perkongsian keuntungan.

❖ MELABUR SECARA TEMPATAN, BIJAK, DAN BERETIKA
Menyokong ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan, kerjasama, dan rangkaian pengurusan sumber, pembangunan kemahiran, mendapatkan barangan dan perkhidmatan daripada penjual tempatan

For travelers…

❖ TINDAKAN PELANCONGAN YANG PRIHATIN & BERTANGGUNGJAWAB
Mempertimbangkan tentang pengalaman pelancongan yang membawa erti dan bermakna seperti memanfaatkan kawasan untuk keuntungan diri sendiri, berbanding kepada hubungan sebenar dan kesejahteraan bersama antara pelancong dan tuan rumah.

❖ BELI PRODUK TEMPATAN
Beli barangan dan perkhidmatan dari perniagaan tempatan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan keaslian budaya.

❖ PILIH DESTINASI & PENGENDALI BERETIKA
Kaji pendekatan pengendali-pengendali dan pilih tempat-tempat pelancongan yang berusaha ke arah kemampanan.

2. Transform connections between people and planet / Mengubah hubungan antara manusia dan planet

Kita semua terhubung dalam sebuah sistem kehidupan

For operators…

❖ HASILKAN PENGALAMAN YANG BERKESAN DAN TULEN ANTARA ALAM SEMULA JADI DAN MANUSIA
Menggalakkan secara aktif hubungan tulen antara manusia dan bumi melalui pengalaman yang membawa perubahan

❖ MENGURANGKAN KEMUDARATAN TERHADAP EKOSISTEM SEMULA JADI
Tetapkan matlamat dan penanda aras untuk mengurangkan pelepasan karbon dan sisa buangan secara aktif, mengurangkan kerosakan alam sekitar, dan berusaha mencapai ekosistem yang lebih sihat dan seimbang. Melaksanakan amalan mampan seperti pemuliharaan tenaga, pengurangan sisa dan penggunaan semula, serta pengurusan sumber yang bertanggungjawab.

❖ MENYOKONG KEPERLUAN UNTUK KEHIDUPAN YANG MAKMUR
Menilai dan menyesuaikan aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan kepelbagaian biodiversiti dan habitat yang makmur, mempromosikan kewujudan bersama hidupan liar, dan melindungi keseimbangan ekosistem. Membina persekitaran yang menyokong dan meningkatkan kesejahteraan flora dan fauna, disamping melindungi dan menambah baik habitat mereka.

❖ SENTIASA TERBUKA UNTUK PEMBELAJARAN BERTERUSAN
Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan setiap bahagian ekosistem kita mungkin terjejas. Semangat dan keterbukaan untuk terus mencuba perkara-perkara baru dan mengambil risiko, serta tekad untuk belajar dan menambahbaik diri sepanjang perjalanan yang berterusan

For travelers…

❖ RECONNECT TO NATURE
Hayati kesempatan untuk menyelami alam semula jadi, menghargai keindahannya, dan membangunkan rasa tanggungjawab terhadap pemuliharaannya.

❖ REFLECT ON CHANGING IDEAS AND VIEWS
Menerima perubahan dalam pemikiran dan tingkah laku sebagai pelancong yang memahami bagaimana untuk melancong dengan lebih beretika dan mampan. Mengakui bahawa tindakan kita membawa kesan kepada alam sekitar dan masyarakat, serta mencari kaedah untuk melancong yang lebih bertangunggjawab dan memberi sumbangan secara positif kepada tempat-tempat yang dilawati

❖ TRAVEL LIGHTLY
Amalkan amalan mampan seperti pengurangan sisa, penjimatan tenaga, dan menyokong usaha pemuliharaan tempatan untuk membantu melindungi tempat-tempat yang diterokai.

3. Promote care for local, cultural and natural heritage / Menggalakkan penjagaan warisan tempatan, budaya dan semula jadi

Kami adalah pelindung warisan budaya Malaysia untuk generasi akan datang

For operators…

❖ STRENGTH IS FOUND IN OUR CULTURAL DIVERSITY
Mengiktiraf nilai warisan unik Malaysia termasuk bahasa setempat, dialek, hikayat, kisah, cara hidup, dan mengambil kekuatan dan hikmah daripada warisan Malaysia yang pelbagai.

❖ BE A STEWARD OF MALAYSIA’S ASSETS
Ambil pendekatan jangka panjang berkenaan aset budaya dan aset semula jadi di sesuatu kawasan dapat dilindungi dan dihargai. Melaksanakan dasar dan aktiviti yang mengekalkan dan mengurus tapak warisan dalam memastikan kepentingannya disampaikan kepada generasi akan datang melalui penceritaan yang berkesan.

❖ EDUCATE TRAVELERS
Memperkembangkan sumber interpretasi yang direka dengan baik supaya pelancong dapat memahami dengan lebih mendalam tentang nilai warisan. Membangunkan perbincangan yang berhemah dan pertukaran budaya antara pelawat dan tuan rumah.

For travelers…

❖ JOURNEY WITH A PURPOSE, LEAVE A POSITIVE TRACE
Melancong dengan niat untuk meninggalkan kesan positif sepanjang perjalanan anda. Menimbang aspek alam sekitar, sosial dan budaya dalam perjalanan anda dan tinggalkan warisan positif dengan melibatkan diri dalam amalan bertanggungjawab dan mampan.

❖ BE OPEN-HEARTED, SHOW GLOBAL COMPETENCE
Pelajari dan (ber)hubung semula dengan tradisi lama, warisan budaya, dan kisah-kisah Malaysia untuk membangunkan perasaan kemanusiaan bersama. Hayati peluang untuk belajar daripada komuniti tempatan, menghormati dan menikmati tradisi mereka dan menghargai kepelbagaian dan keperincian sejarah budaya mereka

❖ BE HUMBLE, RESPECTFUL, LEARN