MEET OUR TEAM

Membangunkan Panduan bagi Pergerakan Pelancongan Mampan

Pertemuan Rangkaian bagi Rangkaian Pelancongan Mampan Malaysia yang pertama kali diadakan menyaksikan kehadiran 18 peserta yang berusaha ke arah pelancongan mampan dari seluruh Malaysia.

Jalan Telawi, Bangsar yang biasanya sibuk kelihatannya masih sunyi pada pagi Khamis ini. Namun, tempat pertemuan Rangkaian Pelancongan Mampan Malaysia (STNM) yang pertama sudah bergelora dengan semangat. 

Penyedia perkhidmatan pelancongan, pengusaha perniagaan pelancongan, dan ahli pertubuhan bukan kerajaan yang mempertahankan pemuliharaan dan kelestarian hadir satu persatu, memenuhi kafe dengan sesi suai kenal dan perbualan yang rancak.

Pertemuan ini dirancang untuk penemuan dan perkongsian amalan terbaik, perancangan aktiviti berasaskan pergerakan, dan membuat keputusan bersama-sama. Ia bertujuan untuk memperluaskan pergerakan untuk amalan pelancongan yang lebih peka dalam sektor. Ini merupakan peluang bagi individu untuk bersenang-senang dan mengenali satu sama lain — satu unsur yang diperlukan dalam gerakan yang bekerjasama dengan baik.

Tujuan Pertemuan Rangkaian yang pertama ini adalah untuk menentukan dan mengekalkan struktur pentadbiran yang berjaya bagi STNM serta berkongsi, berbincang dan mengaktifkan pelancongan yang mampan atau jana semula di Malaysia.

Lapan belas wakil telah pun menghadirkan diri. Mereka yang terlibat bekerja di pelbagai pelosok negara seperti di utara (Perlis), di selatan (Johor), dan tidak lupa juga yang datang dari jauh iaitu Borneo (Sabah). 

13 daripada 18 peserta dalam Pertemuan Rangkaian STNM pertama diadakan di Bangsar, Kuala Lumpur berada dalam gambar di atas. Antaranya ialah: 1StopBorneo, REEF Solutions, Batu Batu Resort, The Datai Langkawi, Roots & Shoots Malaysia, Fuze Ecoteer, Pink Jambu, PwC, Holiday Tours, SEAD, The Habitat Foundation, ANTARA Lab, seorang pemandu pelancong alam semula jadi dan jurugambar dokumentari secara bebas. Gambar oleh Vignes Balasingam.

Sesi 1: Menghubungkan Rangkaian Pelancongan Mampan

Ketua Pelancongan Mampan bagi rangkaian tersebut, Chrissy Lind-Hunter, memimpin sesi perkenalan diri, diikuti dengan kemas kini mengenai projek-projek yang telah diusahakan oleh pasukan tersebut. Beliau memperkenalkan laman web Pelancongan Mampan—sebuah platform dalam talian yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehlihatan dan memperkukuh kapasiti rangkaian pelancongan mampan di Malaysia. Lebih khususnya, tujuan platform ini adalah untuk

  • Melaksanakan piawaian pelancongan mampan secara global dan normalisasikan penggunaan secara tempatan
  • Meningkatkan kebolehlihatan mengenai pilihan pelancongan yang berwawasan
  • Menggalakkan perkongsian pengetahuan dan sumber dalam kalangan pengendali
  • Memperkenalkan pengalaman pelancongan mampan

Ciri utama menunjukkan kandungan tersebut direka oleh ahli-ahli Rangkaian Pelancongan Mampan Malaysia sepenuhnya.

Sesi 2: Menentukan Peranan & Pentadbiran

Apabila STNM mengorak Langkah, terdapat keperluan untuk memutuskan struktur pentadbiran untuknya. Chrissy membentangkan penyelidikan mengenai struktur rasmi dan tidak rasmi yang boleh diambil oleh rangkaian tersebut. Ia dikongsi bahawa walaupun struktur tidak rasmi tidak memerlukan proses pentadbiran yang banyak, pendaftaran sebagai pertubuhan rasmi di Malaysia akan menunjukkan komitmen dan meningkatkan peluang untuk dirundingkan dalam inisiatif atau dasar negara. 

Beberapa cara di mana rangkaian ini boleh diformalkan telah dibincangkan secara ringkas. Akhirnya, cadangan untuk menubuhkan satu pasukan tugas untuk memberi pertimbangan teliti kepada struktur pentadbiran dan keahlian STNM, dengan ahli pasukan tugas yang dicalonkan dalam kalangan ahli-ahli tidak rasmi semasa ini.

Sesi 3: Menentukan Pelancongan Mampan, Bertanggungjawab di Malaysia

Shavez Cheema berkongsi kajian kes daripada 1StopBorneo. Gambar oleh Vignes Balasingam

Bagaimana pelancongan ‘lebih baik’ yang sepatutnya di Malaysia? Apakah maksud menjadi pengendali pelancongan yang berkesan dan bertanggungjawab? Walaupun jawapan kepada soalan cepumas ini tidaklah mudah, STNM berusaha untuk melihatnya dari sudut praktikal dengan mempelajari contoh-contoh kehidupan sebenar.

Pengasas kepada 1StopBorneo, Shavez Cheema, berkongsi bagaimana organisasi tersebut bertujuan untuk melestarikan biodiversiti hutan hujan di Brunei, Sabah, dan Sarawak melalui Pendidikan, pelancongan pemeliharaan, penyelidikan dan penciptaan pekerjaan tempatan  

Salah satu sorotan daripada perkongsian beliau adalah mengenai perjalanan Plant4BorneoElephants, perjalanan pemeliharaan pertama yang melibatkan kerjasama dengan ladang kelapa sawit. Perjalanan ini merangkumi safari empat roda melalui ladang kelapa sawit dalam usaha mencari gajah, dengan matlamat untuk mengubah tanggapan terhadap gajah, supaya ia dianggap sebagai aset oleh penduduk tempatan, dan dengan itu meningkatkan sokongan terhadap pemeliharaan gajah. Pelancong juga turut serta dalam penanaman ‘koridor’ pokok ara di kawasan yang memerlukan penghijauan semula, dengan tujuan menarik hidupan liar kembali ke kawasan tersebut. 

Ketahui lebih lanjut tentang pendekatan 1StopBorneo yang tidak lazim terhadap pelancongan pemuliharaan di sini.

Sesi 4: Kisah & Pembelajaran daripada Perjalanan Khusus ke Langkawi

Rebecca Chin daripada Habitat Foundation membentangkan pembelajaran daripada perjalanan organisasi ke Langkawi. Gambar oleh Vignes Balasingam

The Habitat Foundation telah menganjurkan perjalanan khusus selama tiga hari ke Langkawi untuk mempelajari dan mengalami sendiri apa yang dilakukan oleh pengendali dan organisasi tempatan dalam bidang pelancongan mampan. Ini juga bertindak sebagai inspirasi untuk memberikan saranan perjalanan khusus di laman web Pelancongan Mampan.

Perjalanan ini termasuk lawatan pembelajaran ke: 

  • Ritz Carlton Langkawi–menyediakan pendidikan alam sekitar yang berkualiti untuk tetamu dan pusat ternakan khas untuk timun laut yang dikendalikan oleh ahli biologi marin dalaman.
  • The Datai Langkawi–program pengurusan sisa yang bergantung kepada penyertaan kakitangan dan komuniti tempatan. 
  • Trash Heroes–inisiatif yang dikendalikan oleh komuniti yang melibatkan pelancong dan penduduk tempatan dalam program gotong-royong mingguan serta program jangka Panjang untuk membantu mengurangkan dan menguruskan sisa. 
  • Junglewalla–lawatan semula jadi dengan kesan alam sekitar yang rendah dan pemantauan hidupan liar beretika yang menyumbang kepada masyarakat setempat. 
  • En Othman–pemandu pelancong alam semula jadi yang menghidupkan naratif bermakna dalam lawatan beliau, mendidik dan membangkitkan semula minat dalam hidupan liar dan budaya tempatan. 

Rebecca Chin berkongsi pengalamannya dari sudut pandang sebagai ahli alam semula jadi dan pelancong domestik, mencatatkan bahawa keghairahan dan komitmen pengendali untuk mengubah amalan mereka yang paling memberi inspirasi. 

Apakah Langkah Seterusnya?

Pertemuan berakhir dengan sesi perkongsian dan maklum balas daripada semua peserta. Ramai yang terinspirasi oleh kerja yang dilakukan oleh peserta lain dan berasa terdorong untuk menjadikan pelancongan lebih mampan. 

Kami semakin berkembang sebagai satu daya yang lebih besar, dan bersatu untuk melakukan apa yang perlu kami lakukan setelah sekian lama.

- Dharkshen Selva, pemandu pelancong alam semula jadi dan penulis

Terdapat seruan untuk lebih banyak kepelbagaian dan perwakilan dalam rangkaian ini–sejajar dengan matlamat dan harapan rangkaian ketika pergerakan ini berkembang.  

Seiring dengan perkembangan kumpulan ini, ...saya ingin melihat lebih banyak inap desa, asrama pelancong beg galas menyertai kumpulan ini. Terima kasih semua atas inspirasi.

Daniel Quilter, salah seorang pengasas Fuze Ecoteer

Dharkshen Selva (kedua dari kiri) dan Daniel Quilter (paling kanan). Gambar oleh Vignes Balasingam

Masa berlalu dengan perbualan yang rancak, terdapat saranan untuk memudahkan sesi yang akan menggalakkan kerjasama dengan lebih berkesan dari segi masa.

Seronok melihat bukan sahaja individu dengan niat yang baik, tetapi mereka yang benar-benar bertindak… Saya terfikir jika kita boleh lakukan ‘pitch jualan’ segera dalam perjumpaan seterusnya. Kita sebenarnya boleh saling melengkapkan kerja masing-masing tetapi sukar untuk bercakap dengan semua orang!

- Rubén Cortés, pengarah urusan REEF Solutions

Rubén Cortés memberi idea untuk Pertemuan Rangkaian yang seterusnya. Jutaan terima kasih kepada Shin Yee (Batu Batu Resort, kanan) yang membantu menguruskan Pertemuan pertama. Gambar oleh Vignes Balasingam

Join Us on the Journey

Join Us on the Journey

Embark on a transformative travel experience that leaves a positive footprint.
With Sustainable Tourism Malaysia, you not only explore the beauty of Malaysia but also contribute to its preservation and growth.
Together, let’s explore responsibly, travel sustainably, and leave a legacy of cherished memories and a thriving planet.

Sustainable Tourism Malaysia © 2023. All Rights Reserved.