Melindungi Benteng Pesisir Pantai: Menjelajah Hutan Paya Bakau Secara Berhemah

Dikenali sebagai benteng pesisir pantai, hutan paya bakau sebenarnya perlu dilindungi. Seorang naturalis berkongsi pandangan beliau mengenai cara terbaik pelancong boleh melibatkan diri secara bertanggungjawab.

Dharkshen ‘Dee’ Selva membesar di Langkawi dan bekerja sebagai pemandu alam atau naturalis di bawah bimbingan bapanya, Selva. Matlamat Dee adalah untuk menggalakkan pelancong mengambil pendekatan yang lebih terancang ketika berinteraksi dengan alam semula jadi. Hal ini disebabkan oleh inspirasi daripada kisah legenda tempatan dan ekosistem bakau yang kompleks.

Hutan paya bakau yang menjadi benteng pesisir pantai di antara daratan dan laut.
Gambar oleh Naventhan a/l Ahrasan, The Habitat Foundation.

Penerokaan beretika hutan bakau yang penuh misteri

Akar berjalinan dengan satu sama lain membentuk rangkaian yang dihuni oleh haiwan laut muda. Inilah hutan bakau yang bermisteri. Banyak hidupan laut mencari perlindungan daripada pemangsa di dalam struktur akar yang berbentuk seperti sangkar ini. Pemangsa yang bijak mencari habuan di sini.

Tidak dapat dinafikan, paya bakau merupakan benteng pesisir pantai yang bertindak sebagai penghalang bencana alam, penapis bagi segala aktiviti berasaskan darat, dan menstabilkan pinggir pantai, mencegah hakisan dan banjir.

Secara ringkasnya, hutan paya bakau ini merupakan anugerah evolusi kepada alam semula jadi dan manusia.

Saya diperkenalkan kepada hutan paya bakau yang megah di Langkawi, Kilim Geoforest Park pada usia sepuluh tahun. Saya selalu menemani ayah saya, seorang naturalis yang membimbing pelancong dari seluruh dunia ke warisan geologi purba ini. Langkawi ialah sebuah pulau yang didiami oleh pelbagai spesies bakau yang mempunyai latar belakang berasaskan formasi karst batu kapur.

Karst pantai bergabung dengan ekosistem bakau di Taman Geoforest Kilim.
Gambar oleh Steve Douglas, Unsplash.

Kami akan mendayung ke anak sungai yang padat dengan spesies Rhizophora apiculata dan Rhizophora mucronata.
Semasa air surut, anda dapat melihat sistem akar pokok bakau yang kompleks dan ikan belacak yang berkubur dalam lumpur tanah liat (alluvial) yang keruh. Semasa air pasang pula, anda lebih hampir dengan cabang yang menjulur dan anda akan melihat cahaya melalui daun-daun yang bergoyang mengikut irama di saat anda menyusuri hutan yang menakjubkan ini.

Perbezaan antara air surut dan air pasang dalam sistem paya bakau.
Gambar oleh Dharkshen Selva, ‘Selva’s Untold Stories’.

Ini adalah alam yang baru; ekosistem unik yang seharusnya diteroka secara mendalam agar dapat dipelihara untuk generasi akan datang.

Kekayaan biodiversiti di Kilim Geoforest Park membawa kepada pengesahannya sebagai Geopark Global UNESCOWalaupun dilindungi oleh statusnya, Kilim Geoforest Park ini berfungsi sebagai wakil hutan paya bakau lain di rantau kita yang semakin berkurangan dan hilang keunikan akibat pembangunan yang tidak mampan. Hutan paya bakau yang lain dilihat sebagai hutan yang 'tak berguna' yang boleh dihapuskan untuk tujuan pembangunan. Saya membawa pelancong ke Kilim Geoforest Park bukan hanya bertujuan mengagumi landskap yang berharga ini tetapi juga untuk mendidik mereka mengenai situasi hutan paya bakau yang makin tergugat.

Pandangan kepulauan Langkawi dari udara yang terdiri daripada gunung, saluran, dan hutan paya bakau.
Gambar oleh Dharkshen Selva, ‘Selva’s Untold Stories’.

Terdapat panduan penting yang perlu diikuti ketika meneroka hutan paya bakau, dan kami juga mendidik pengunjung ketika menjalankan lawatan berkayak agar tidak meninggalkan sebarang jejak. Berikut adalah beberapa cara anda boleh meneroka hutan bakau secara berhemah.

1. Mendayung masuk ke anak sungai ketika air pasang dan surut

Penerokaan hutan paya bakau tanpa menggunakan bot bermotor merupakan pilihan yang lebih bijak kerana ia tidak mengeluarkan asap dan bunyi. Pemilihan kayak yang diterjemahkan sebagai "bot pemburu" dalam bahasa Greenland purba juga bermakna anda boleh bernavigasi melalui anak sungai dan hutan paya bakau. Mod pengangkutan ini paling sesuai kerana lebih mudah untuk menerokai ekosistem, memerhati haiwan liar secara dekat, dan memahami konsep air pasang surut.

Stand Up Paddleboarding (SUP) juga merupakan cara yang baik untuk meneroka hutan tetapi anda perlu menerima latihan mendayung sebelum lawatan. Anda juga perlu memeriksa sama ada pihak berkuasa tempatan mengiktirafnya selamat digunakan di kawasan perairan anda.

Persinggahan di kawasan helang di Kilim Geoforest Park. Gambar oleh Martin Liu, tetamu ‘Selva’s Untold Stories’.

Sebagai pembimbing di hutan paya bakau, saya pernah melihat tetamu yang tiada pengalaman berkayak menguasainya dengan segera. Namun, terdapat juga yang bergelut dan mudah kecewa! Semua pembimbing lawatan hutan paya bakau haruslah memastikan pengunjung mereka mempunyai kemahiran asas mengemudikan kayak supaya mereka tidak merosakkan akar paya bakau atau mengganggu kawasan perairan.

Panduan untuk berkayak: Mengayuh secara lemah- lembut dan dengan daya yang sama ke kiri dan kanan untuk memastikan kayak berada di satu garis lurus. Sekiranya terdapat dua peserta di dalam bot, yang di hadapan akan menguasai pengayuhan dan orang di belakang mengemudi dan memberi arahan.

2. Memberi peluang kepada penglipur lara untuk memberi nyawa kepada hutan paya bakau.

Richard Powers menggambarkan kejahilan masyarakat terhadap pokok dalam novelnya, “The Overstory” yang memenangi anugerah Pulitzer seperti berikut:

“You can’t see what you don’t understand. But what you think you already understand, you’ll fail to notice.”

Lawatan melalui hutan paya bakau boleh berubah daripada hari yang santai kepada pengalaman yang mengubah perspektif melalui sentuhan ajaib seorang pemandu pelancong yang berpengetahuan.

Seorang pemandu pelancong dengan pemahaman mendalam dan pandai bercerita dapat membawa anda kembali ke zaman semasa alam masih hijau dan pohon di darat diibaratkan berkaki untuk berdiri di dalam air, berubah menjadi paya bakau yang melindungi pesisir pantai yang kita kenal hari ini.

Unsur-unsur yang mempesonakan di Pulau Langkawi. Gambar oleh Thinneshkumar.

Pemandu pelancong yang handal tidak akan menerangkan suatu subjek secara terpencil, tetapi menghubung kaitnya dengan isu yang lebih besar. Hutan paya bakau semakin terancam pada masa kini kerana ia hanya dilihat sebagai hutan yang menjadi halangan kepada matlamat yang lebih besar.

Penceritaan penglipur lara dapat mengingatkan kita bahawa hutan ini merupakan tempat di mana masyarakat membina rumah, mengumpul kayu pokok bakau sebagai bahan api, tapak pemburuan untuk mencari makanan dan perlindungan daripada bahaya. Kisah seperti ini yang penuh dengan informasi dan emosi dapat mengubah pandangan kita.

Ekosistem ini menunjukkan kepelbagaiannya mengikut corak cuaca yang membuat penerokaan
hutan bakau sebahagian besar masa. Gambar diambil oleh Dharkshen Selva, ‘Selva’s Untold Stories’.

Saya amat kagum dengan Sir David Attenborough dan perjalanannya di dalam alam semula jadi. Tambahan pula, ayah saya, Selva pun selalu meberikan gambaran tentang paya bakau yang memberi inspirasi kepada saya.

Pengesyoran saya untuk pemandu pelancong dan penglipur yang mahir dalam mengadakan lawatan hutan paya bakau di Langkawi (tanpa susunan tertentu) adalah Selva dari Selva’s Untold StoriesIrshad Mobarak dari JunglewallaDev dari Dev Adventures dan Othman Ayeb dari Rimbawi Geo Discovery.

3. Meningkatkan pengalaman melalui eksplorasi deria dan digital

Anda dapat melihat ular kapak paya bakau (Trimeresurus purpureomaculatus), memerang licin (Lutrogale perspicillata), pekaka emas bakau (Pelargopsis amauroptera), dan helang merah (Haliastur indus) di hutan ini jika anda tahu di mana untuk mencarinya.

Gambar helang merah oleh Rajukhan Pathan, Unsplash.
Gambar yang lain milik ‘Selva’s Untold Stories’.

Walaupun mereka kelihatan megah, kebanyakan haiwain ini bersifat pemalu dan akan menghilangkan diri dalam sekelip mata atau bertindak secara defensif jika mereka didekati. Oleh itu, berhati-hati ketika anda melalui hutan paya bakau.

Mereka yang tahu cara untuk memerhati hidupan liar akan memberi nasihat untuk mendengar dahulu. Contohnya, anda boleh membuat persediaan dengan mengenal pasti panggilan burung yang berbeza. Pastikan anda mempunyai binokular atau kamera dalam keadaan bersedia pada saat anda dapat mendengar mereka. Alam akan mendedahkan dirinya kepada mereka yang bersedia!

4. Sokong pengendali yang prihatin terhadap masyarakat dan habitat

Jika anda tiba di Kilim Geoforest Park tepat sebelum matahari terbit, anda akan disambut oleh sekumpulan nelayan di pelabuhan yang tidak jauh dari jeti pelancong. Nelayan tempatan dari Kampung Kilim memuatkan bot mereka dengan jaring dan peralatan untuk pulangan yang berhasil (dalam kes mereka, ikan).

Jika terdapat hutan paya bakau di sesuatu tempat, kemungkinan besar terdapat kampung nelayan berdekatan. Komuniti pantai ini secara semulajadi berhubung kait dengan hutan paya bakau kerana mereka bergantung pada ekosistem ini untuk mencari nafkah.

Seorang nelayan pulang ke jeti nelayan di Kilim selepas sehari di laut.
Gambar oleh Dharkshen Selva.

Apabila memilih operator atau pemandu pelancong, pastikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang etos, nilai, dan sumbangan mereka kepada komuniti pesisir pantai. Berikut adalah beberapa soalan refleksi:

  • Bagaimana lawatan mereka menyokong dan berinteraksi dengan penduduk tempatan?
  • Adakah fokus utama lawatan mereka kesejahteraan hidupan liar dan habitat?
  • Adakah mereka mengawal jumlah pelawat yang masuk ke dalam hutan?

Soalan-soalan ini penting kerana terdapat banyak perniagaan di luar sana yang mementingkan keuntungan berbanding dengan etika. Sebagai contoh, operator pelancong yang betul-betul mengambil berat tidak akan memberi makanan seperti kaki ayam kepada burung lang siput dengan menggunakan tangan mereka hanya untuk menarik perhatian pelancong. Hal ini kerana tindakan seperti itu akan mengubah tingkah laku semulajadi burung lang siput.

5. Ambil tahu jika anda boleh melakukan lebih

Jika anda telah melalui perjalanan bot, berkayak, berjalan-jalan di platform kawasan bakau, dan dapat menghargai perkhidmatan ekosistem mereka, tahniah, anda benar-benar seorang penyokong hutan paya bakau!

Sekarang apa pula?

Sudah tiba masa untuk menjadi lebih kreatif.

Terdapat beberapa orang operator atau pemandu pelancong yang dapat memenuhi permintaan untuk menangkap ikan, berenang di kawasan selamat, melompat dari tebing (atas risiko anda sendiri), atau menjalankan kerja pembersihan hutan paya bakau.

Terdapat banyak organisasi yang bekerja untuk melestarikan pelbagai tapak bakau di seluruh Malaysia. Antara yang terkenal adalah Wetlands International Malaysia dan Penang Inshore Fishermen Welfare Association (PIFWA). Terdapat juga banyak projek CSR bermusim yang berfokus kepada ekosistem bakau yang memerlukan sukarelawan. Anda yang berminat mesti memantau platform media sosial yang berkenaan  

Lebih banyak fokus ditujukan terhadap bagaimana hutan paya bakau kita dapat mengekalkan mata pencarian, melindungi pantai, ekosistem pengelak karbon yang berkesan, dan memiliki nilai ekonomi bagi sektor pelancongan.

Namun, pokok-pokok ini tidak dapat bercakap atau mengundi. Mereka tidak dapat mempertahankan diri menentang rancangan dan dasar masyarakat kita. Mereka ini ibarat ahli silap mata yang tidak dapat mendedahkan rahsia mereka, terserah kepada kita untuk mentafsirnya, melihat secara lebih mendalam dan menghubungkan titik-titik, mencipta budaya yang menghargai tempat-tempat yang luar biasa ini sebelum terlambat.

Pelajari lebih lanjut mengenaiKetahui lebih lanjut tentang Kilim Geoforest Park

Tempah lawatan anda dengan Selva’s Untold Stories

Penullis: Dharkshen Selva (Selva’s Untold Stories)