Suka menyelam? Seorang pengurus selam berkongsi petua-petua untuk mendalami hubungan anda dengan lautan.
Dharkshen Selva menemui aktiviti menyelam semasa praktikalnya bersama Fuze Ecoteer, sebuah syarikat sosial yang memberi tumpuan kepada pemuliharaan. Buat masa ini, beliau ialah seorang pengurus selam dengan Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan Tropika di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah.
Terumbu karang di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah memperlihatkan ekosistemnya yang pelbagai.
Gambar oleh Jeethvendra, Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan Tropika.
“The sea, once it casts its spell, holds one in its net of wonder forever.”
– Jacques Cousteau
Sebahagian besar sejarah kehidupan bermula di lautan, dan berbilion-bilion tahun kemudian, kelangsungan hidup semua makhluk di bumi ini bergantung padanya. Apabila kita dapat menghirup oksigen yang dihasilkannya, kita telah membina kehidupan berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada.
Ilustrasi Ediacaran yang berbadan lembut di dalam lautan, haiwan berbadan lembut pertama di Bumi. Gambar oleh Smithsonian Institution
Sebagai tempat tinggal bagi seperempat kehidupan di lautan, terumbu karang merupakan salah satu ekosistem yang paling produktif tetapi rapuh di dunia. Terumbu karang menyokong kekayaan kehidupan yang menakjubkan. Organisma yang paling kecil, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti fitoplankton, adalah makanan bagi haiwan terbesar di lautan, iaitu jerung paus. Masih banyak perkara yang kita tidak tahu tentang kehidupan di bawah air.
Ekosistem yang rapuh bermaksud perubahan kecil dalam cuaca, ketidakseimbangan dalam rantaian makanan, atau pencemaran kimia boleh memberi kesan kepada ekosistem dan menyebabkan kesan gelombang kepada semua pihak yang mendiami planet ini.
Sebagai penyelam skuba, kita seharusnya menjaga ekosistem di bawah air yang kita cintai untuk meneroka, dan memeliharanya agar generasi penyelam yang akan datang dapat menghargainya. Inilah cara saya mendalami hubungan saya dengan aktiviti menyelam dan komuniti yang berusaha untuk memulihara laut. Mungkin ia juga boleh membantu anda dalam perjalanan menyelam yang lebih mesra alam.
1) Sebab jelas kenapa saya menyelam
Mengetahui mengapa saya menyelam menjadikan penyelaman pengalaman yang merentasi seluruh badan, fikiran, dan jiwa. Terdapat banyak arah yang boleh diambil dalam perjalanan menyelam anda, dan sebab 'mengapa' akan mempengaruhi jalan yang anda pilih.
Walaupun saya dibesarkan di sebuah pulau di Laut Andaman, saya tidak mengetahui tentang penyelaman sehingga saya mengenali Sylvia Earle. Beliau seorang penyelam sepanjang hayat dan penyokong lautan, menghabiskan tujuh dekad meneroka lautan dunia dan menyumbang kepada penyelidikan dan pemuliharaan marin.
Mempunyai beliau sebagai idola meluaskan pandangan saya tentang apa yang penyelaman boleh terjadi - melebihi sensasi yang menggetarkan seperti terbang ke dalam air dan melihat haiwan-haiwan yang sebelum ini tidak pernah saya lihat. Ia juga telah menjadi salah satu cara untuk saya menyumbang kepada pemuliharaan marin. Oleh itu, dalam perjalanan menyelam saya, saya mencari projek pemuliharaan marin di Malaysia dimana saya boleh turut serta.
Jadi tanyalah diri anda: Kenapa anda menyelam?
Menilai kesihatan ekosistem melalui sistem transeks. Gambar oleh Perhentian Marine Research Station.
2) Meninggalkan hanya buih
Kegembiraan apabila sesi penyelaman adalah nyata! Ini boleh menyebabkan tingkah laku tertentu yang mungkin menyebabkan kerosakan terhadap laut dan hidupan marin. Seperti mana kita masuk ke dalam mana-mana persekitaran baru, terdapat panduan tertentu untuk membantu kita melaluinya dengan impak yang paling minima.
Beberapa perkara yang perlu dilakukan semasa anda menyelam:
- Meneroka tanpa menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar. Sentiasa menjaga keseimbangan yang betul untuk mengelakkan daripada secara tidak sengaja memijak ke atas karang.
- Merekodkan apa yang anda lihat di dalam laut sebagai kenangan, jangan ambil apa-apa daripadanya.
- Mengamati hidupan marin dengan jarak yang selamat; jangan memberi makan atau mengejar haiwan untuk melihat lebih dekat.
- Sertai kerja pembersihan di dalam air; berhati-hati tentang membuang sesuatu ke dalam laut.
Adalah baik untuk ingin tahu, tetapi lebih baik untuk kita sedar.
Sekumpulan ikan batfish yang ramah di Perairan Sipadan. Gambar oleh Jeethvendra, Tropical Research & Conservation Centre.
3) Memilih pusat penyelaman yang mesra alam.
Maklumat hanya sejauh satu klik sahaja. Tanyalah soalan-soalan mencabar, dan terumbu karang akan bersyukur.
- Bagaimanakah syarikat penyelaman menjaga tapak penyelaman yang sering mereka terokai?
- Adakah mereka mendidik tetamu tentang persekitaran tempatan dan hidupan marin?
- Bagaimanakah mereka terlibat dan menyokong projek pemuliharaan marin?
- Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kesan aktiviti mereka terhadap ekosistem tempatan?
Ingat, mereka tidak perlu sempurna, tetapi mereka sentiasa boleh berusaha untuk menjadi lebih baik.
Cara yang pantas untuk mencari pusat-pusat penyelaman dengan amalan bertanggungjawab adalah dengan melihat Green FinsIni adalah inisiatif yang melindungi dan memulihara terumbu karang melalui garis panduan alam sekitar, mempromosikan industri penyelaman dan selam paras permukaan yang mampan.
Menjadi ahli Green Fins bermaksud mengikuti Kod Etika Green Fins. Ahli menerima penilaian tahunan, latihan, dan maklum balas untuk membantu mereka meningkatkan kelestarian alam sekitar. Adalah lebih baik untuk menyokong pengendali yang memegang pensijilan alam sekitar peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Penilaian tahunan dilakukan untuk menilai kesan alam sekitar pusat penyelaman.
Gambar oleh Green Fins
Beberapa pengendali penyelaman boleh menjadi pejuang lautan tetapi tidak mempunyai sumber untuk membayar yuran keahlian tahunan Green Fins. Jika anda ingin menyokong perniagaan kecil ini, anda masih boleh melakukannya selepas penyelidikan yang teliti melalui platform digital dan meminta rakan penyelam anda untuk memberi cadangan.
Sebagai penyelam yang kerap di Kepulauan Perhentian, Sea Voice Divers (Coral Bay), Panorama Divers (Long Beach), dan Cosmic Dive Centre (Pulau Besar) adalah pilihan saya kerana nilai-nilai mereka, keramahan, dan layanan mesra.
4) Menjadi penyelidik rakyat
Kajian berdasarkan data yang tepat memainkan peranan penting dalam mengisi jurang antara dasar, peraturan, dan perlindungan ekosistem kita. Para saintis marin di seluruh dunia memerlukan data berkualiti untuk memajukan penyelidikan marin yang penting. Mereka memerlukan anda!
Penyediaan 'biskut' terumbu yang merupakan fragmen kecil terumbu karang yang ditanam pada bata simen untuk diletakkan di atas terumbu tiruan yang sedia ada di bawah air.
Gambar oleh Jeethvendra, Tropical Research and
Conservation Centre.
Kecintaan anda terhadap penyelaman dan lautan boleh digunakan untuk aktiviti pemuliharaan secara sukarela. Selain mengumpul data, sukarelawan dapat membantu dalam aktiviti penting yanglain seperti memeriksa kualiti air, penyertaan dalam kerja-kerja pembersihan di bawah air, mengenal pasti spesies utama, pemantauan fizikal terhadap terumbu karang dan hidupan marin, meningkatkan kesedaran masyarakat, menanam semula fragmen terumbu yang sihat ke terumbu yang rosak atau pucat, dan menjaga taman terumbu karang.
Terdapat beberapa projek pemuliharaan marin di Malaysia yang memerlukan bantuan dari penyelam yang berkelayakan. Perhentian Marine Research Station (PMRS) dan Tropical Research & Conservation Project (TRACC) adalah projek-projek yang menawarkan aktiviti berkaitan pemuliharaan kepada penyelam yang mungkin menarik minat anda. Reef Check Malaysia menawarkan kursus EcoDiver yang melatih penyelam skuba yang bertauliah cara untuk menjalani kajian persekitaran marin. Ia adalah cara yang hebat untuk memberi sokongan kepada terumbu karang sambil mendapatkan pensijilan baru.
Memperakui belia tempatan di Pulau Larapan sebagai Reef Check EcoDivers. Gambar oleh Reef Check Malaysia
Tidak bersedia untuk menyertai program tetapi masih ingin menyumbang kepada sains semasa melakukan penyelaman rekreasi? Anda boleh mempertimbangkan untuk menghantar gambar haiwan marin di dalam air untuk tujuan penyelidikan.
Pangkalan data Foto-ID membantu penyelidik menganggarkan saiz populasi haiwan dan mendokumentasikan pergerakan mereka dari segi musim dan ruang. Dengan maklumat yang mencukupi, ini mendedahkan corak migrasi mereka, tempat pemakanan dan pembiakan, yang membolehkan pemuliharaan yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, dokumentasi harus dilakukan dengan cara yang paling tidak invasif, kerana haiwan-haiwan sensitif terhadap gangguan. Terdapat helpful guidelines atas talian untuk membantu anda menyelam dengan bertanggungjawab bersama haiwan-haiwan marin. Setelah anda mengenali amalan terbaik, anda hanya memerlukan sebuah kamera, sedikit latihan dalam pengambilan gambar bawah air, dan anda sudah bersedia untuk menyumbang kepada pengenalan penyu dan ikan pari.
Kita boleh mengenal pasti seekor penyu melalui sisik wajahnya; ianya unik untuk setiap penyu dan ia kekal sama sepanjang hayat mereka. Setelah anda memiliki gambar-gambar tersebut, anda boleh mencatatkan foto identifikasi anda dalam pangkalan data global seperti Internet of Turtles.
Jika anda ingin mengenal pasti penyu melalui gambar, ingatlah untuk mengambil gambar:
- Pipi kiri
- Pipi Kanan
- Cangkerang dari atas
Seorang pelatih mengambil gambar seekor penyu untuk dimuat naik ke Internet of Turtles.. Gambar oleh Rinaldi Gotama, Indo Ocean Project.
Ikan Pari Lang mempunyai satu set tanda dan corak warna pada bahagian bawah badannya yang unik untuk setiap individu. Dengan mengambil gambar permukaan bahagian perut mereka dan memuat naiknya ke IDtheManta atau Manta Matcher, gambar anda akan membolehkan saintis mengenal pasti ikan pari itu untuk penyelidikan dan usaha pemuliharaan global.
Gambar permukaan bahagian perut seekor Ikan Pari Karang (Mobula alfredi) yang direkodkan di siniMobula alfredi) ideal to
sesuai untuk dimuat naik ke pangkalan data sains warganegara. Gambar oleh Rinaldi Gotama. Rinaldi Gotama.
5) Menggunakan kemahiran saya sebagai sukarelawan
Saya beruntung kerana dapat melanjutkan perjalanan penyelaman saya apabila saya menemui peluang untuk memberikan sokongan komunikasi kepada projek pemuliharaan marin sebagai pertukaran untuk biasiswa pengurus selam!
Jika anda mempunyai kemahiran berguna yang mungkin memberi manfaat kepada pusat penyelaman atau projek pemuliharaan marin, mulakan perbincangan dengan mereka. Kemahiran seperti pemasaran, komunikasi, kewangan, pengurusan projek, masakan, dan banyak lagi seringkali dicari.
Hubungi mereka dan anda mungkin mendapat peluang menjadi sukarelawan jangka masa pendek untuk menyumbangkan kemahiran anda. Sebagai penghargaan bagi kesukarelawan anda, anda dapat menyelam, mendapatkan kelayakan, atau malah lebih baik, biasiswa.
Pelancong Alice dan Tino menikmati bulan sukarelawan mereka di Pulau Perhentian bersama Cosmic Divers. Gambar oleh bike4oceans bike4oceans
Sukarelawan dari seluruh dunia menyumbang kepada lautan dan meningkatkan kesedaran di Kepulauan Perhentian. Gambar oleh Fuze Ecoteer.
Membentuk dan menjaga hubungan yang sihat dengan alam semula jadi adalah satu perjalanan peribadi. Setelah anda mengambil langkah pertama, ia akan menjadi lebih mudah untuk mengemudi perjalanan kesedaran alam sekitar di darat dan di bawah air.
Baca lebih lagi dari Dharkshen: Cara-cara Meneroka Hutan Bakau Secara Mesra Alam
Writer: Dharkshen Selva (Tropical Research & Conservation Centre)