Hymeir Kamarudin daripada Earth Lodge sudah tahu dari awal bahawa lawatan alam semula jadi yang dijalankannya bergantung kepada kesihatan hutan. Inilah bagaimana beliau merancang untuk menjaga agar hutan itu tetap liar.
Gambar oleh Hymeir Kamarudin
Dengan meningkatnya minat dalam pelancongan yang bertanggungjawab, para pelancong kini mencari cara baharu untuk berinteraksi dengan alam dan hidupan liar. Pengendali seperti pengusaha hotel, ahli alam semula jadi, pemandu pelancong, dan ejen semua perlu berganding bahu memastikan pelancongan tempatan mengambil kira kapasiti dan integriti dalam sesuatu kawasan - dengan kata lain, memastikan bahawa jumlah pelawat maksimum dan aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut tidak menyebabkan kerosakan yang berpanjangan terhadap ekosistem.
Hal demikian digambarkan dalam sorotan ini terhadap Earth Lodge Malaysia, rangkaian ‘ecolodge’ sederhana yang membuatkan para pengunjung yang ingin tahu asyik dalam menyelami hutan hujan yang paling liar dan tidak tersentuh di negara ini. Pengasasnya, Hymeir Kamarudin, terus terpesona oleh keindahan dan keajaiban hutan simpan Ulu Muda. Hubungannya yang mendalam dengan hutan berkembang seiring dengan masa, apabila beliau beralih daripada menjadi pengunjung biasa, menjadi aktivis, dan kemudian menjadi pengarah Earth Lodge.
Seorang penyokong pemuliharaan yang sering membimbing pelancong domestik dan antarabangsa, Hymeir memahami peranan urusannya dalam mengekalkan keseimbangan antara keperluan pelancong dan hidupan liar di kawasan tersebut. Beliau dengan gigih memperjuangkan pendekatan kesan yang sedikit untuk pemantauan hidupan liar yang beretika, perjalanan mampan, dan penginapan kesan yang rendah.
Menguruskan sebuah ‘ecolodge’ di tengah hutan hujan yang tebal, membawa banyak cabaran ketika 14 km dari jalan terdekat. Tetapi nilai-nilai dan usaha Hymeir menunjukkan bahawa pendekatan ini bukan sahaja mampan dari segi perniagaan, tetapi juga memastikan masa depan ekosistem hutan untuk generasi akan datang.
Kini, beliau mendapati bahawa beliau mempunyai beberapa pelawat tetap yang bersedia mengorbankan keselesaan untuk kegembiraan berjumpa dengan hidupan liar yang bersembunyi dalam hutan hujan.
Berehat sebentar daripada kesibukan harian anda, nikmati semula alam semula jadi bak dalam syurga
Earth Lodge memastikan kawasan tersebut kekal terpelihara dan tenang dengan menggalakkan pengunjung untuk melarikan diri sebentar daripada kesibukan harian.
Ramai pengunjung yang tiba di jeti Tasik Muda setelah bertolak dari lapangan terbang besar, bandar atau pekan yang sibuk, hanya untuk berhadapan dengan tempat yang agak sunyi dengan hanya satu jeti terapung sementara dan sebilangan kecil bot nelayan. Walaupun minima, kawasan ini cukup dilengkapi dengan dua buah restoran tempatan, pasar ikan, dan sebuah pusat pengurusan perhutanan yang kecil.
Benda pertama yang kami putuskan adalah kami mahukan sebilangan kecil pengunjung. Memutuskan untuk membawa pengunjung ke sini dengan bot agak sedikit tidak masuk akal. Kami sudah melakukannya selama beberapa tahun dan kami selalu gembira menaiki bot. Kami yakin pengunjung juga akan merasakan yang sama. Kami menggunakan bot kayu kecil terbuka yang disewa daripada penduduk kampung untuk pengunjung melihat lebih lagi dan memberikan mereka rasa pengembaraan apabila bot menyusuri tasik dan Sungai Muda yang kadang kala cetek! Perjalanan darat sudah tentunya tidak dapat memberi pengalaman yang sama.
– Hymeir
Memilih untuk tiba dengan bot juga menolak keperluan untuk membina jalan raya ke Lodge. Jalan raya akan merosakkan ekosistem penting seperti jenut garam dan tumbuh-tumbuhan, dan berkemungkinan akan memudahkan akses pemburu haram ke dalam hutan. Bot-bot juga memberikan pengunjung gambaran tentang kehidupan nelayan tempatan yang juga pemandu arah Earth Lodge.
Ketika pengunjung menaiki beberapa bot memancing di atas air, seperti terasa adanya peralihan rasa — meninggalkan semua kebingitan dan stres sewaktu menaiki bot ke hulu sungai selama beberapa jam. Peringatan untuk pengembara: inilah masa yang istimewa untuk kita menghadapi diri kita yang sebenarnya di alam semula jadi — dan para pengendali semakin menyedari bahawa kelestarian akan memberi manfaat kepada alam semula jadi dan perniagaan mereka.
Aktiviti berimpak rendah mengehadkan kerosakan kepada ekosistem
Tasik Muda yang melalui hutan Hutan Hujan Ulu Muda. Gambar oleh The Habitat Foundation
Hutan hujan tropika yang subur dan terpencil yang meliputi kira-kira 160,000 hektar, Ulu Muda adalah rumah bagi beberapa khazanah semula jadi Malaysia. Dengan meminimumkan kerosakan, Hymeir dan pasukannya telah menavigasi dan memetakan denai tertentu yang memberikan pengunjung gambaran unik ke dalam kawasan itu. Ini termasuk meneroka denai hutan, sungai, bukit batu kapur dan gua, serta jenut garam yang unik sewaktu mereka menginap.
Perjalanan akan dipandu arah oleh Hymeir dan pemandu bot tempatan, memberikan pengunjung pengalaman yang peribadi dan penuh maklumat dengan pengetahuan mereka. Hymeir menekankan pengetahuan tempatan dan penceritaan. Semasa menaiki bot, dia menyatakan nama burung dalam bahasa Melayu dan Inggeris, dan berkongsi bagaimana burung tersebut berbunyi menggunakan koleksi bunyi burung yang dimuat turun.
Hymeir menekankan yang melihat binatang bukan hanya dengan mencari mereka! Dia mengaitkan pengetahuan dengan lebih efektif kepada para pelawat dengan mengaitkan bunyi burung dengan perlakuan mereka dan cerita yang menarik untuk mewujudkan hubungan dengan pengalaman pelawat sendiri. Nota: Hymeir berhati-hati untuk memastikan rakaman panggilan burung dimainkan secara perlahan supaya tidak menjejaskan hidupan liar—lihat panduan kami tentang etika mencerap burung
Menguruskan sumber untuk penginapan impak rendah
Daripada mempunyai penjana elektrik dan sistem elektrik suria sendiri, kepada menggunakan peralatan tempat tidur dari sumber tempatan, pengunjung menginap di Earth Lodge tanpa mereka melakukan banyak kerosakan terhadap kawasan sekitar.
‘Ecolodge’ yang kecil ini hanya mempunyai lapan bilik dan tiga asrama, membuktikan yang untuk mewujudkan penginapan yang selesa tidak perlu untuk melakukan banyak pembaziran atau perkara yang memberi kesan negatif pada alam sekitar.
Gambar oleh Earth Lodge
Hymeir mempromosikan kegunaan perniagaan tempatan untuk pembelian sumber. Seorang rakan tempatan, tukang kayu mahir mengukir papan tanda Earth Lodge daripada kayu tembusu (Cyrtophyllum fragrans) dan membuat penyangkut baju daripada kayu yang dikumpul dari hutan sekitar dan peti pembungkusan lama. Peralatan tempat tidur serat kapok (Ceiba pentandra) yang digunakan di penginapan merupakan buatan tangan wanita kampung, jenis bahan yang selesa dan pengeringan terbaik untuk keadaan hutan hujan yang lembap. Ia juga memastikan kurangnya gentian sintetik dan mikroplastik yang merosakkan ekosistem hutan hujan. Hymeir meminta pengunjung untuk membawa sendiri peralatan mandian terbiodegradasi atau peralatan serba semula jadi selaras dengan pendekatan ini.
Kesemua ini menunjukkan keselarasan kepada nilai-nilai etika dan kelestarian di samping meningkatkan kehidupan masyarakat setempat.
Makanan dan momen yang tak dapat dilupakan
Hymeir menggalakkan pengunjung untuk belajar lebih tentang sejarah dan hidupan liar semasa mereka menginap. Para pengunjung selalunya menghabiskan masa bersantai di The Makan Place, sebuah ruang makan umum yang luas, dan Ronn's Corner yang terletak bersebelahan, sebuah teres luaran. Ruang ini merupakan pusat tumpuan utama untuk pengunjung bersosial dan mencari bahan rujukan tentang hidupan liar yang terdapat di sana.
Makanan yang dihidangkan di The Makan Place dimasak oleh pemandu arah tempatan dan pemandu bot yang juga bekerja sebagai chef di Earth Lodge. Makanan tempatan seperti tilapia masam manis dan nasi goreng di mana bahannya diperoleh secara tempatan, disediakan di dapur Earth Lodge, serta dihidangkan segar.
Makanan dan sisa tidak ditinggalkan sewaktu perjalanan supaya tidak menarik perhatian hidupan liar—gajah yang dulunya pernah merobohkan dinding dapur untuk mendapatkan garam, nasi, telur dan makanan lain!
Dengan memastikan semua kakitangan dan pengunjung memahami bagaimana perlakuan mereka memberi kesan terhadap hutan, Hymeir secara tidak langsung menggalakkan mereka untuk bermuhasabah tentang gaya hidup mereka dan betapa mudahnya sebenarnya untuk membuat pilihan yang lebih baik terhadap alam sekitar. Hymeir melihat manfaat jangka panjang melalui mendidik para pengunjung, terutamanya pelawat yang kembali semula dengan menerapkan prinsip yang telah mereka pelajari di sini.
Penduduk dari Kampung Belantik selalunya diupah untuk mengambil pengunjung pergi dan balik ke Earth Lodge menggunakan bot mereka.
Earth Lodge membeli ikan untuk dihidangkan kepada pengunjung dari para nelayan.
Gambar oleh Ethan Pang.
Hutan mengajar kita cara untuk hidup
Melihat hidupan liar kekal di bahagian atas senarai pengalaman pengunjung, merupakan asas perniagaan Earth Lodge.
Aktiviti termasuk:
- Trekking ke Gua Labu
Bukit yang baru diteroka (2006) yang belum pernah dilihat di atas mana-mana peta tanah!
- Trekking ke pokok Tualang (Koompassia excelsa)Koompassia excelsa)
View some of the tallest trees in the forest, which are home to the Asian giant honey bee (Apis dorsata). Locals climb these trees to harvest honey only on moonless nights to minimise the number of flying bees after the nest is disturbed.
Tualang trees that can be found in the Ulu Muda Forest Reserve.
Gambar oleh The Habitat Foundation.
- Lawatan ke kawasan jenut garam
Ini adalah kawasan khas di mana kepekatan mineral penting ditemui—kebanyakannya terlarut lesap dari batu di sekelilingnya—menarik pelbagai jenis haiwan herbivor. Satu jenut garam istimewa ialah Sira Ayer Panas atau Kolam Air Panas jenut garam di mana selain daripada mineral penting, ia juga mempunyai mata air panas di mana air yang sangat panas ditolak naik ke permukaan melalui aktiviti geoterma.
Dengan jenut garam yang banyak, Ulu Muda adalah rumah kepada megafauna seperti Tapir Malaya (Tapirus indicus), Kijang (Cervus muntjak), Kambing Gurun Sumatera (Capricornis sumatraensis), dan Gajah Asia (Elephas maximus). Gambar oleh Ethan Pang.
- Menyusuri sungai
Menyusuri secara senyap ke hilir sungai pada waktu subuh atau senja bersama pemandu tempatan dan merasa kagum dengan pemandangan hijau semula jadi yang dipenuhi dengan hidupan liar! Rumah kepada lebih daripada 117 spesies mamalia dan 337 spesies burung, Hymeir mengajar pengunjung menggunakan deria mereka untuk mencari hidupan liar. Walaupun dedaun hutan hujan yang ada boleh menyembunyikan haiwan walaupun sebesar gajah, Hymeir menggalakkan pengunjung untuk mendengar dengan teliti, malah menghidu bau flora, untuk menghubungkan semula diri kita dengan hutan di sekeliling kita.
Hymeir berkongsi bahawa nama asal aktiviti menyusuri sungai itu pernah menjadi Wildlife Cruise. Dia akhirnya mengubahnya untuk menggalakkan pengunjung mengambil pendekatan yang lebih menghargai pengalaman tersebut, dan bukannya tertumpu pada hidupan liar sahaja.
Adalah penting bagi kebanyakan pengendali bahawa mereka perlu memberi haiwan makan untuk memastikan pelawat dapat melihatnya. Berbuat demikian adalah berlawanan dengan sifat semula jadi, dan boleh membawa kesan buruk jangka panjang pada tingkah laku haiwan yang bergantung kepada aktiviti manusia.
Dengan memberi pendedahan kepada pelawat, Hymeir memastikan mereka mempunyai penghayatan penuh terhadap keseluruhan ekosistem, menikmati aktiviti mencari petunjuk atau mendengar bunyi hutan, dan bukannya menganggapnya seperti zoo.
Ulu Muda adalah salah satu daripada dua tempat di Malaysia di mana kesemua 10 spesies burung enggang Malaysia boleh ditemui. Para pengunjung juga boleh memerhatikan burung enggang hutan yang terbang dalam kumpulan setiap lewat petang semasa musim penghijrahan mereka. Gambar oleh Earth Lodge.
Earth Lodge membawa pandangan yang lebih luas tentang kepentingan hutan kepada kawasan sekitarnya. Ini termasuk bertindak sebagai sumber air kepada sawah padi dan masyarakat di negeri Kedah, termasuk Pulau Pinang. Para pemandu arah juga bertanggungjawab untuk memberi kesedaran tentang ancaman yang dihadapi hutan seperti perlombongan pasir dan pembalakan, aktiviti yang menjadi sumber ekonomi bagi perniagaan tempatan.
Dr Ahmad Zafir dari The Habitat Foundation yang secara sukarela meluangkan masa bersama Earth Lodge dalam membimbing pelawat, bersetuju dengan pendekatan ini dan sangat menekankan kepentingan pendidikan semasa aktiviti lawatan berlangsung.
“Kita perlu berusaha untuk benar-benar mendidik pengunjung yang datang. Jika tidak, kita akan kehilangan benda yang begitu berharga kepada kita.”
Dr. Ahmad Zafir
Oleh sebab aktiviti manusia membahayakan keharmonian ekosistem hutan, adalah penting bagi pengembara untuk jatuh cinta dengan keunikan landskap dan ekosistem hutan, seperti hutan hujan Ulu Muda, kerana mereka perlu diingatkan bahawa tindakan mereka boleh membentuk masa depan tempat seperti ini.
Pengendali seperti Hymeir dan pasukan Earth Lodge menunjukkan adalah mungkin untuk memastikan pengunjung datang dengan menghubungkan mereka semula dengan cerita yang lebih lagi tentang tempat tersebut, dan menekankan peranan semua orang dalam mengekalkan integritinya.
Ketahui lebih lanjut tentang Ulu Muda: Friends of Ulu Muda
Lawati hutan yang luar biasa ini dan alami perjalanan berimpak rendah: Earth Lodge Malaysia
Baca lebih lagi daripada Hymeir dan Dr Ahmad: Tips on Ethical Wildlife Tours
Penulis: Chrissy Lind-Hunter dan Rebecca Chin (The Habitat Foundation), Adeline Chua (ANTARA Lab)
Penyumbang Maklumat: Hymeir Kamarudin (Earth Lodge Malaysia), Dr Ahmad Zafir dan Ethan Pang (The Habitat Foundation)
Location: Kedah Type: Forests GSTC Type: Hotels & Accommodation Sustainable Tourism Malaysia Commitments Focus:
Global Sustainable Tourism Council Performance Indicators for Hotels & Accommodation: A7.2 Impact and integrity …take account of the capacity and integrity of the natural and cultural surroundings. A7.2.2. Site selection, design and access have taken account of the protection of biologically sensitive areas and the assimilative capacity of ecosystems. A7.2.4.The integrity and connectivity of natural sites and protected areas has been preserved. A7.2.5.Threatened or protected species have not been displaced and impact on all wildlife habitats has been minimised and mitigated. |