Secebis Budaya Melayu Tradisional Untuk Penginapan Anda Yang Seterusnya

Pemilik penginapan Teratak Damai Langkawi mengambil inspirasi daripada budaya dan amalan tempatan untuk memberi pelancong pengalaman kehidupan kampung yang mampan secara semulajadi.

Gambar dari Teratak Damai Langkawi

“Jikalau anda sedang mencari keseronokan, ianya bukan di sini.” Marina Mazlan berkata sambil tersenyum.

Di Kampung Gelam yang sepi di Langkawi, kehidupan yang perlahan berlaku seiring dengan perubahan musim. Para penduduk kebanyakannya nelayan dan juga petani, terikat dengan terbit dan terbenamnya matahari, mengikuti peralihan musim sepanjang tahun.

Marina serta suaminya, Rubendra Gnaneswaran Abdullah memeluk sepenuhnya kehidupan yang lebih tenang ini.

Sebagai pemilik rumah kepada kawasan seluas 1.25 ekar yang terdiri daripada empat rumah Melayu tradisional yang telah diubah suai dan juga dua rumah batu yang baharu, Marina serta Ruben telah menjadi tuan rumah kepada ramai pelancong sepanjang abad yang lalu.

Permulaan kasih sayang yang mendalam terhadap seni bina tempatan.

Marina dan Ruben di rumah. Gambar dari Teratak Damai Langkawi.

Berdasarkan cinta mereka terhadap seni bina tempatan, Marina serta Ruben mengambil langkah pertama mereka dan melakukan pembelian pertama iaitu sebuah rumah tradisional Melayu yang sedia ada dan juga sebuah teratak (pondok) pada tahun 2010.

Berbeza dengan rumah moden, rumah Melayu tradisional adalah modular dan mudah alih. Dibina tanpa sebarang paku, sambungan ekor burung dalam rumah membolehkan seluruh bangunan untuk dipisahkan dan dipasang semula pada lokasi yang berbeza. Dengan cara ini, Marina dan Ruben mula mengumpul rumah Melayu tradisional dari seluruh pulau, mengalihkan mereka ke perkarangan rumah mereka, di mana mereka menyusun suatu set warisan Melayu yang telah diperbaharui dengan penuh kasih sayang.

Dengan keinginan untuk menjaga keluarga tetapi tidak terlalu dekat, idea mereka untuk mempunyai sebuah ibu rumah (induk) yang disambungkan dengan selang (laluan) ke rumah lain dalam jarak berjalan kaki yang pendek, di mana semua rumahnya berada di dalam perkarangan berpagar yang sama.

Malangnya, apabila kesunyian melanda, koleksi rumah yang telah diperbaharui itu memanggil untuk ditemani. Awalnya, mereka hanya menawarkan rumah percutian dari mulut ke mulut. Tetapi, secara beransur, Marina disyorkan untuk menyenaraikan tempatnya di AirBnB. Pada hari ini, pasangan itu merupakan Superhost pada aplikasi online itu di mana rumah tamu mereka itu dihargai oleh pelancong tempatan serta antarabangsa atas keupayaan mereka untuk menawarkan pengalaman asli kehidupan di kampung

Mengekalkan keunikan rumah Melayu tradisional yang menarik

Gambar dari Teratak Damai Langkawi

Para pelancong berpeluang untuk hidup dan merasai seni bina Melayu di Teratak Damai Langkawi dalam rumah Melayu tradisional yang telah diubahsuai yang berusia antara 100 hingga 150 tahun.

Kelenturan dalam reka bentuk rumah ini membolehkannya menyesuaikan diri dengan keperluan pemilik untuk perubahan lokasi dan saiz keluarga, memanjangkan penggunaannya. Malah, Marina pernah membeli setengah rumah daripada seseorang di kampung itu, menempatkannya semula ke kawasannya, dan kemudian membina bilik tambahan untuk memenuhi keperluan keluarganya.

Selaras dengan seni bina tempatan, rumah Melayu tradisional diperbuat daripada kayu tempatan yang boleh diperbaharui dan ianya juga dinaikkan di atas tiang, meninggalkan impak yang minimum ke atas tanah binaan. Ia juga menyesuaikan diri dengan cuaca panas dan lembap dengan bumbung berkeping dan tingkap-tingkap yang boleh ditutup, mendorong aliran udara dan mengurangkan keperluan penggunaan penyejuk udara.

Gambar dari Teratak Damai Langkawi

 Memanfaatkan apa yang dimiliki

"95% daripada bahan kami diperoleh dari Langkawi, dengan 100% diperoleh dari Malaysia," kata Marina dengan bangga. Ketika mereka membeli tanah ini, ia adalah sebuah ladang kelapa tua. Kesemua 27 pokok yang telah mereka tebang dari kawasan tersebut digunakan untuk pembinaan bumbung rumah bata baru.

Walau bagaimanapun, mengekalkan bangunan tradisional ini datang dengan cabaran tersendiri. Kebanyakan daripada bangunan itu diperbuat daripada kayu, yang bermaksud ancaman dari anai-anai adalah kebimbangan utama Marina. Pengurusan serangga moden agak mahal, yang membuatkan Marina ingin tahu tentang apa yang dilakukan oleh penduduk kampung untuk mencegah serangan serangga.

Ternyata mereka hanya menggunakannya minyak sisa daripada kereta ke atas kayu!

Walaupun bukan jawapan yang 'sempurna' untuk masalah itu, ia tetap merupakan jawapan yang sangat praktikal.

"Ini adalah bagaimana kehidupan di pulau berfungsi: kami menggunakan sumber yang sedia ada," ungkap Marina.

Setelah menyelesaikan masalah anai-anai di hartanah mereka, pasangan itu ditinggalkan dengan busut anai-anai yang sangat besar. Daripada membuangnya, mereka memilih untuk menggunakan semula busut itu. Dengan bimbingan daripada gurunya, seorang tukang tembikar tempatan, Mohammed Radzi Ismail dari Ilham Ceramic Studio, mereka mulai memproses busut tersebut dengan menjadikannya sebagai tanah liat yang sesuai untuk pembuatan tembikar. Jadi jika anda mengambil dulang sabun, pinggan ubat nyamuk, atau barang hiasan di salah satu bilik, ketahui bahawa ia mempunyai cerita asal yang benar-benar luar biasa berteraskan kelestarian!

Gambar dari Teratak Damai Langkawi

Mengekalkan keaslian

Gambar dari Teratak Damai Langkawi

Sebuah rumah Melayu tradisional tidak akan lengkap tanpa sebuah taman.

"Selama bertahun-tahun, saya telah menanam sebahagian besar bunga berbau tradisional yang biasa terdapat dalam rumah-rumah Melayu tradisional di taman kami," kongsi Marina.

Dengan bantuan penduduk tempatan yang diupah, Marina telah menanam koleksi tanaman hiasan asli dan semula jadi, buah-buahan, herba, dan juga ulam, semuanya tanpa menggunakan racun serangga.

Keindahan taman miliknya tidak luput daripada perhatian. Syarikat perancang acara tempatan, Gadis Events, membeli bunga potong dan dedaunan dari Marina untuk digunakan dalam hiasan meja mereka. Selain menambah sentuhan tropika kepada susunan bunga konvensional, memilih tanaman tempatan daripada tanaman import membantu menjimatkan kos dan mengurangkan jisim karbon bagi perniagaan kecil ini.

Perancang acara memetik bunga lempoyang (Zingiber zerumbet) dari taman Marina. Gambar oleh Teratak Damai Langkawi.Zingiber zerumbet)
flowers from Marina’s garden. Photo by Teratak Damai Langkawi.

Cinta Marina terhadap tanaman tempatan juga telah diperkukuh oleh pengalamannya bersama almarhum Dr. Abdul Ghani Hussain, yang pernah membantunya merawat batu hempedu dengan ubat herba. Seorang doktor perubatan dengan minat dan amalan yang kuat dalam perubatan Melayu tradisional, Dr. Ghani dengan gigihnya menyumbangkan usahanya dalam mendokumentasikan, memelihara, dan berkongsi keajaiban perubatan flora di Langkawi.

Marina merasa sedih atas kehilangan seorang pengamal perubatan yang berpengetahuan seperti Dr. Ghani. Dia mempunyai rancangan untuk memulakan kawasan sayur berdedikasi di dalam kawasannya, agar tetamu boleh menuai makanan segar dan menggabungkannya di dalam masakan mereka; satu pelengkap yang sempurna kepada ikan yang disyorkan mereka beli dari nelayan tempatan.

Pengalaman tempatan yang asli

Gambar dari Teratak Damai Langkawi

Orang tidak pergi beribu batu jauhnya untuk melihat sesuatu yang dapat mereka lihat di negara mereka sendiri," Marina menyatakan dengan jelas.

Apabila tetamu tiba, dia menyambut mereka dengan gambaran ringkas mengenai pulau ini dan memberi lawatan pengenalan kawasan. Semasa mereka berbual, dia mempelajari minat dan tahap pendedahan mereka kepada budaya Malaysia. Berdasarkan itu, dia memberikan lebih banyak cadangan mengenai apa yang perlu dilakukan dan dilihat serta bagaimana untuk menghormati budaya tempatan semasa mereka menerokai pulau, masyarakatnya, dan (jika berada dalam musimnya) perayaannya.

"90% daripada tetamu kami ialah pelancong antarabangsa. Kami memberitahu mereka bahawa kami mempunyai komuniti yang kebanyakannya beragama Islam di sini. Kami berkongsi dengan mereka cara berpakaian di kampung, cara memberi salam dalam masyarakat Melayu," kata Marina.

Untuk membantu menjayakan pengembaraan mereka, Marina telah menyediakan koleksi risalah-risalah daripada perniagaan tempatan: tawaran berjalan di alam semula jadi, tempat-tempat untuk dilawati, senarai burung-burung tempatan yang boleh dilihat. Ini akan mengalirkan perbelanjaan pelancong dalam komuniti, bermaksud setiap ringgit yang anda belanjakan di sini benar-benar menyokong ekonomi tempatan yang lebih lestari.

Marina juga menyediakan peta lukisan tangan yang dibuatnya sendiri dengan penuh kasih iaitu The Magic Scooter Ride - ianya mengandungi butiran mengenai jalan-jalan kecil di kampung, tempat-tempat untuk melihat kerbau air, gerai makanan terbaik di kawasan sekitar, dan di mana untuk mencari hasil dan perkhidmatan tempatan.

Gambar dari Teratak Damai Langkawi

Sebagai pelancong, Marina dan Ruben sendiri dapat menikmati peluang serta merasai bagaimana sebenarnya perasaan tinggal di rumah tempatan.

"Ia memberi kami gambaran kecil terhadap perjuangan, cabaran, dan manfaat gaya hidup mereka [penduduk tempatan]. Bagi kami, itu adalah pembelajaran. Kami pulang dengan hati yang diperkayakan dan kadang-kadang penuh dengan idea-idea baru," katanya.

Di Teratak Damai Langkawi, pasangan ini ingin berkongsi pengalaman kehidupan desa, hanya mengambil apa yang diperlukan agar tidak memusnahkan sumber semula jadi untuk generasi akan datang. Marina percaya bahawa itulah inti kehidupan lestari dan sesuatu yang perlu diambil perhatian oleh pelancong dan pengendali pelancongan yang bertanggungjawab.

“Jika kita boleh belajar untuk hidup bersama irama semula jadi musim serta kuasa alam, mungkin masih ada harapan untuk generasi akan datang untuk menikmati sumber semula jadi.”

Cari Teratak Damai Langkawi di Airbnb

Pelajari lebih lanjut mengenaiKetahui lebih lanjut tentang Malaysian vernacular architecture

Beli e-buku Dr Ghani Nature’s Medicine

Pengarang: Adeline Chua (ANTARA Lab)

Penyumbang maklumat: Marina Mazlan (Teratak Damai Langkawi)

Location: Kedah

Type: Guesthouse 

GSTC Type: Hotels & Accommodation

Sustainable Tourism Malaysia Commitments Focus:

  1. Promote care for local cultural and natural heritage / Menggalakkan penjagaan warisan tempatan, budaya, dan semula jadi

Global Sustainable Tourism Council 

Performance Indicators for Hotels & Accommodation

A7.3 Sustainable practices and materials

…use locally appropriate and sustainable practices and materials.

A7.3.1 Local materials, practices and crafts have been used in buildings and design where practicable and appropriate.

A7.3.2 Native and endemic plants obtained from sustainable sources have been used in landscaping and decoration, avoiding exotic and invasive species.

A9 Information and interpretation

The organisation provides information about and interpretation of the natural surroundings, local culture, and cultural heritage, as well as an explanation of appropriate behaviour while visiting natural areas, living cultures, and cultural heritage sites.

A9.1 Information/interpretation material about the natural and cultural heritage of areas visited is available and provided to customers.

A9.3 Information is provided to customers about appropriate behaviour in the areas visited